Sabtu, 19 April 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG



Pada awalnya Sekolah Kebangsaan Serdang dikenali dengan nama Sekolah Melayu  F.E.S (Federal Experiment Station) Serdang. Ia juga dikenali dengan nama ‘Sekolah Hitam‘ kerana bangunannya berwarna hitam. Ada yang menggelar sekolah ini ‘Sekolah Tongkat’ di mana tiap-tiap tingkap ditongkat dengan  dengan sebatang kayu untuk membukanya.

Sekolah ini mula dibuka pada 8 Februari  1948. Tapaknya ialah dimana sekarang ini terletaknya kawasan Bahagian Teknologi Makanan MARDI. Bangunan sekolah pada masa itu adalah sebuah bangunan usang berukuran 30 kaki panjang, berlantai serta berdindingkan papan dan beratapkan nipah, tingkapnya terbuka ke atas dan disokong dengan kayu supaya tidak roboh. Seluruh bahgaian bangunan sekolah ini disapu dengan minyak hitam supaya tidak diserang anai-anai. Bangunan ini terdiri daripada sebuah pejabat dan tiga buah bilik darjah yang disekat. 

Sekolah ini dibuka bagi menampung anak-anak kakitangan Kolej Pertanian F.E.S Ladang Serdang, Balai Polis Serdang dan Sungai Besi dan penduduk sekitarnya. Jumlah murid semasa baru dibuka ialah kira-kira 80 orang dan mempunyai 6 kelas yang diadakan secara bercantum. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Syed Harun bin Syed Abdullah.

Pada tahun 1954 sebuah bangunan baru telah dibangunkan dan digunakan pada 27 Februari 1956. Pada 2 Jun 1956 sekolah ini dirasmikan oleh Tuan JM Garling, Pegawai Daerah Kuala Lumpur yang mempunyai 3 orang guru dan 45 oran murid. Bangunan yang didirikan itu sekarang digunakan sebagai Pusat Sumber Sekolah setelah dibaik pulih.

Pada 7 Ogos 1978 projek bangunan tambahan 3 tingkat telah dimulakan dengan 9 bilik darjah terbengkalai dan disambung semula pada 1980. Pada Jun 1982, sekolah dinaikkan gred dari gred C kepada gred B. Disember 1983 bilangan murid meningkat sehingga 1047 orang dan sekolah dinaikkan ke gred A. Pada tahun 1989 bilangan murid terus meningkat kepada 1211 orang dengan bilangan guru seramai 47 orang dan 7 orang staf sokongan.

Pada tahun 1996 sebuah bangunan 3 tingkat dimana paras bawah digunakan sebagai kantin telah siap dibina dan digunakan bagi menampung pertambahan pelajar. Selepas itu ramai murid berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taming Jaya, Balakong dan Sekolah Kebangsaan taman Universiti yang baru sahaja siap dibina pada penghujung tahun itu dengan penduduk yang tinggal disekitar kawasan tersebut. Menjelang tahun 1998 jumlah murid adalah 1090 dan bilangan guru adalah 54 orang.

Pada tahun 2003 bangunan baru tiga tingkat siap dibina dan semua murid bersekolah satu sesi sahaja dan tiada lagi sesi petang. Kini Sekolah Kebangsaan Serdang mempunyai tiga aliran iaitu Aliran Perdana, Program Pendidikan Khas Intergrasi (Kelas Bermasalah Pembelajaran) dibuka pada tahun 1999 dan Pra Sekolah (2 kelas) dibuka pada tahun 2007. Bilangan murid pada tahun 2010 ialah 976 orang, 77 orang guru dan 16 orang staf sokongan. Bilangan murid pada akhir 2011 pula adalah seramai 949 orang, 71 orang guru dan 15 orang kakitangan sokongan. Bilangan murid pada akhir 2012 pula adalah seramai 947 orang, 71 orang guru dan 13 orang kakitangan sokongan. Bilangan murid pada akhir 2013 pula adalah seramai 949 orang, 71 orang guru dan 14 orang kakitangan sokongan.






1 ulasan:

  1. Grabs and Grabs at Caesars Casino | Mapyro
    Find the cheapest 제주도 출장안마 and quickest ways 화성 출장샵 to get and grocery from Grabs and Grabs at 남원 출장샵 Caesars 익산 출장마사지 Casino 삼척 출장안마 in Las Vegas.

    BalasPadam